|
|
Salam 6ixers,
Dah lama aku tak maintain web ni. Hampir sebulan aku tak surf langsung. Busy la sekarang. Dan setiap kali aku post news, mesti ada perubahan besar-besaran kat web ni (kalau korang perasan la).
Antara yang terbaru ialah background dan design web ni dah diubah habis-habisan mulai hari ini (05.08.2009). Thanks to Jibeng, yang bagi aku ilham nak buat semula page ni. Hampir-hampir aku lupa password untuk maintain, hehe...
Dan lantaran idea dan semangat Jibeng yang bertiup ke lembah jemala aku ni, aku angkat dia untuk jadi moderator terbaru (lagi) 6ixers. Dah 4 orang setakat ni. Harap dapat support Jibeng supaya web kita ni tak nampak macam hidup segan mati tak mau. (Dan kadang-kadang aku rasa macam tu jugak dengan hubungan kita sekarang ni... Mungkin sebab makin lama kita rasa makin jauh...)
Sekali lagi aku ingatkan, kalau korang hadapi masalah untuk view web kita ni, cuba check browser korang. Korang pakai browser apa? Browser yang support page kita ialah Mozilla Firefox (recommended) dan Internet Explorer 8.0. Kalau korang pakai Internet Explorer 6.0 (terutama office-office kerajaan) tak dapat la aku nak tolong. Kena bukak dekat cyber cafe terdekat atau dapatkan pc dan internet sendiri! Hehe! Untuk download percuma browser-browser ni, klik Mozilla Firefox atau Internet Explorer 8.0 sekarang.
Profile korang juga boleh korang update macam korang maintain Facebook, Friendster atau Myspace. Kalau korang bukak profile korang sekarang, korang boleh add kawan-kawan yang dah sign up dalam list friends atau tinggalkan message kat profile diorang. Korang jugak boleh hantar private message kat diorang.
Macam-macam lagi moderator-moderator kita tengah usahakan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan web ni. Harap korang dapat support.
Lagi satu, macam masa praktikal dulu, aku ada buat satu toolbar. Dan korang dijemput untuk download toolbar ni kat browser internet korang. Aku plan untuk letak button chat macam dulu. Tapi kena tunggu ramai sikit download baru la meriah kan... So, download dulu toolbar tu sekarang:
Untuk Mozilla Firefox klik Download Toolbar Firefox (recommended)
Maklumat lanjut pasal toolbar ni, klik Toolbar.
Ok, kalau korang dah baca buletin ni, aku mintak korang respon untuk sebarang komen atau cadangan yang membina sebab komen dari korang amat-amat diperlukan. Otak aku satu je, so kalau pandai-pandai aku je buat tak syok lak kan...
Komen ye... Nanti aku post lagi info terbaru...
Categories: Web Info
